Saturday, 28 November 2015

sekian lama tidak mencoret cereka disini
datang rasa rindu untuk menulis..

.... kisahnya tentang hidup seorang perempuan
yang sedang menuntut di sebuah universiti
hidupnya bersederhana sahaja
dengan prinsip hidup yang simple
"LIVE BY YOUR OWN".

baginya, nak berjaya itu
perlukan usaha sesungguhnya
buat sendiri and try and error,
as long as tak salah dan tak menyusahkan
kerna dia tahu asal usulnya bukan orang berada
bukan orang bangsawan
jadi.... haruslah bekerja keras

setelah hampir empat tahun menimba ilmu
kini dirinya hampir ke penghujungnya
meniti tahun akhir dengan bebanan fyp
namun... kesempitan hidup tidak sesekali
mencacatkan impian yang ditanam selepas persekolahan
alhamdulillah..
terlaksana impian menjejak alam universiti
terlaksana impian mempunyai lesen memandu

kejayaan hari ini bukan lah tanpa bantuan insan lain
namun kesungguhan dirinya memotivasikan diri

saat teman teman lain bersosial
dirinya bersusah payah memcari rezeki
bukan lah kerana tiada pinjaman
tapi dirinya tahu nilai yang diperolehi tidak akan mencukupi
dengan pinjaman itu jua lah terlaksana impian keduanya itu
yang pada penghujung hari
dirinya pasti akan kelaparan

bukan tidak pernah dibuat perancangan yang rapi
namun kehendak itu kekadang melebihi keperluan
NAH... lalu harus siapakah yang perlu dipersalahkan??
tiada sesiapa... hanya DIRINYA

keperitan yang dilalui sering mendatangkan pelbagai rasa
lalu tidak dihiraukan kesedihan, kekecewaan,
kerna dirinya telah terpasak akan
kalimah NIKMAT ALLAH ITU TERSANGATLAH LUAS
maka berusahalah
tidak akan ada sesuatu yang diimpikan terus tergolek di depan mata

nota kaki: luahan merapu seorang aku
kerana aku ingin menjadi wanita paling bahagia dikemudianya nanti







No comments:

Post a Comment